Verangan Tentang Rumah

Setiap orang ada versi mereka sendiri saat membeli rumah pertama mereka. Ya, semua orang ada mimpi akan bagaimana struktur kediaman mereka. Design macam bangunan persis istana kayangan, banglo, semi-D, teres, townhouse, kondo, apartment mahupon flat. Wahh.. Bersinar-sinar mata kalau suruh bayangkan. Kaki mimpilah korang nih!

So, aku ofkos lah tak terkecuali. Mahu rumah yang ada swimming pool, sebab boleh terjun hari-hari. Buat kecik macam lexus hotel tu pon dah cuNtek sangat dah. Aaahhh.. Lagi ada taman ala-ala bali kat laman tu, ada kolam ikan bagai, jeti kecik, gazebo, ada air terjun yang terus mengalir ke swimming pool macam philea hotel kat melaka tu..itu belum kat dalam rumah, master bedroom nak sebesar-besar ruang 20x40, katil plak jenis macam california king bed yang sebesar-besar padang tu,  tv, aircond sudah tentu, lampu kaler oren, waahh!! Getik! haaa pompuan.. Tu baru bilik, toilet plak nak yang ada jacuzi, sinki sinar-sinar lengkang lengkok pahtu letak dua konon nak gosok gigi dengan cik suami (budget habis romantik lah tu, gosok gigi je pon baii), jamban punye design plak nak warna emas, tak pon yang design creative-creative budget modern habis!! Ape barang putih-putih, sama macam jamban umah sebelah plak nanti.. Pffttt!! (berak je pon dol!) Masuk plak ruang tamu, sofa empuk-empuk, tv besar pawagam kasi campak letak dalam bilik, ooh lupe nak habaq maii, bilik nak ade 7, so senang satu bilik satu fungsi. Ah! Tak masuk lagi bab dapur, auuwww (mata kelip-kelip)..  Aaahhhh suruh verangan ofkos lah tak tercapai dek poket yang rabak ni. Ok berhenti berangan! Stop.

Tapi pernah tak bila dah fikir semua bagai fairytales jadah tu, korang fikir plak cara-cara mengemas rumah agar sentiasa bersih. Ngaaa..aa. MALAS! Amek orang gaji? Owh no, not me! Sorry, salah orang untuk cerita.

So, dengan itu aku preffer rumah setingkat je. Why? Ofkos aku dah letih turun naik tangga. Lutut dah gegar cik noon hoiii... Tak larat dah nak mengemop bagai turun naik tangga. Kot minum anlene pon kalau sikap MALAS tu lagi besar what to do lah kan. Harharhar. So, liquid balik angan-mimpi tak sudah tu dan kembali pada realiti. Puas!

Tak perlu pening kepala bagai, yang penting menabung dulu cik noon! Sebab once dah beli jek rumah secara otomatiknya kepala dah serabut nak cari design kejadah semua tu. dan semua tu perlukan duit, bukan air liur bagai. Menabung, simpan ciput pon jadila untuk korang beli kepala paip. Why kepala paip perempuan? Dah korang nak simpan ciput, makanya itu jelah yang mampu korang beli. Nak lebih-lebih simpan la banyak-banyak. Korang pompuan dapat apa yan aku cuba sampaikan ni? Baguss, paham pon.. Yang tak berapa nak laju paham tu, takpe, korang simpan jelah duit, and when the time is come, korang baru paham kenapa aku nasihatkan untuk menabung BANYAK-BANYAK.

Itu je buat entry pertama. Adios! Dan mula verangan semula. Bye!

No comments: