Cukai tanah vs cukai taksiran

Random soalan biasa yang bermain dalam kepala otak.

1. Apa Itu Cukai Tanah?

- Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.


2. Apakah Perbezaan 'Cukai Taksiran Dan 'Cukai Tanah'? 

- Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru. 
- Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

P/s: aku lupa info kat atas aku amek kat website mana. Yang pasti ini info bukan datang dari pengetahuan aku. Hanya berkongsi dan agar aku tak lupa. Kepada empunya artikel, boleh declaire kredit. Maaf dari aku terlebih dahulu. Thank you.
. . . .

Selalunya aku kene pergi bayar cukai-cukai ni kat pejabat pos di negeri terbabit. Giler pemalas aku nak berulang alik semata mata.  Grrrrrrrr... Selalunya jugak aku akan peram sampai bulan terakhir baru menggelupur start enjin kete - pegi bayar. Haha, thats me!

Bayar menerusi online bankin boleh kah?
Depends jugak kalau blakang bil cukai tu ada tulis. Setahu aku kalau nak bayar cukai tanah g masuk kat website diorang, its mean pejabat tanah dan galian tu la.. Untuk cukai taksiran plak boleh je bayar guna maybank2u.. Toksah start enjin bagai. Tapi aritu aku beratur je kat pejabat pos sebab terlebih peram kan.. Ahahaha

Takde apa yang perlu di diskusi pasal cukai ni. Dapat bil, gi bayar je lah. Kalau tak nak bayar, toksah dok getik dari awal beli rumah. g ngadap la menyewa sampai tua kat umah orang ni. Hahaha! 

Tanggungjawab kita untuk membayar cukai!
Sekian.

upah pengkritik interior designer

buntu dan tandus dalam mencari keinginan yang dihajati. baru aku sedar. bakat aku tak bersinar dalam konteks ini. har har har. nafsu tinggi bhai. tapi imiginasi dalam tempoh sedetik tak menghasilkan apa-apa. shit!

maka, mahu tidak mahu terpaksa la aku hired pengkritik agar cepat progress umah aku ni. yup! kata-kata sengit berdas-das pacu ke gegendang. tahniah!

tak kesah la. as long as ada jugak yang prihatin.

- ni macamana bentuk rumah kau ni?
- ni pesal ada kona kona ni?
- huh. atas ni apa ni?

and so on.

But, in the end.. Arini umah aku akan dirobek dan ditarah rakus oleh kontraktor. Olelele..

Bismillah.. InsyaAllah, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.

Walaupon . . . Ahahhaha nanti lah citer..

Daaaaaaaaa...