1st time beli rumah

Uh?!
Macamana nak mula ye?

Ini pengalaman aku ye, dan please please, baca sahaja dan jangan dicontohi nya pown. (baca versi johan)

Dah penat berangan pasal rumah, maka nak realisasikannya haruslah mewujudkan rangka angan tersebut yakni rumah-lah. Macamana kita tahu kita perlu membeli rumah pada saat itu pon aku tak berapa pasti jawapan yang tepat nak bagitahu. Mungkin time nak kawin, time konon nak hidup berdikari, time dah duit berlambak tak tahu nak joli apa lagi, time kene halau dengan tuan rumah sewa, dan pelbagai kemungkinan lagi. Sebab lain orang lain versi kemungkinannya.

Versi aku tak susah mana pon, ada akal gila dandan jadikan aje walaupon poket bape sen je ada, kereta nak beli pon teragak-agak baii..

Maka tahun lepas duk jenjalan mencari sesuap nasi nampak lah satu booth jual rumah ni..
"mari kakak mari, ini kawasan baru mahu naik. Ada pelbagai accomodation in progress."
"oh really?"
Dan lenchai yang hensem tu pon menerangkan lah seperti biasa penjual yang menjual barangannya pown dan yang pastinya aku tertarik dengan iklan rumah tersebut. Walaupon eh pompuan, atas kertas ofkos la cantik designnya! Tapi korang perlu ingat, kita tak tahu macamana datangnya perasaan gila beli rumah dan ini aku. Dah prasaan tu datang time tu, nak wat canne..

Dan korang masih ingat entry pertama yang aku suruh korang berangan about rumah tu, yes! Time tu aku rasa aku dah jumpa dah tempat untuk melepaskan berangan aku tu. Huihui!

Dan aku terus beli rumah tersebut!

"okey, saya mahu ini lot"
"u serius ha kakak?"
"laa betul laa, i nak ni"
"kakak, u tak maw tengok rumah dulu ka?"
"takpa la, i percaya u"
"haiyaaa.. U buat saya risau la kakak.." tersandar dia dekat kerusi.

Ahahaha dan itulah pengalaman pertama aku. Deyh, mana la aku tahu nak beli rumah kene lawat tapak semua tu. kene tengok material, kene tengok rumah contoh, kawasan rumah tu kat mana, apa ada kat sekitarnya, pasar apa, shoplot kat mana, nak g keje lalu ikut jalan mana senang, nak dating kat mana cuntek and many more to know. Aahh!! Like seriusly macamtu ke? Ahahaha siap ada member aku cakap "perghh, beli rumah macam beli sayur kat pasar, main tunjuk-tunjuk je cenggitu". Deym u! HARHARHAR!!

Ok, rindu saat giler tu!
And by the way, hai Yong! U mesti ingat i kan, sebab u cakap i la the only customer u yang beli rumah tak perlu tengok rumah. :p
Malu hokey! Tapi itu pengalaman n pengajaran kan.

So korang, nak beli rumah PLEASE jangan beli macam beli sayur kat pasar! Okey! Please sangat-sangat!!!

Dan sebagai tambahan kerna aku rajin, aku bagi link supaya korang betul-betul tahu apa yang korang PATUT TAHU sebelum membeli rumah. Again! Jangan buat kerja gila macam aku sebab kita tak tahu yang menjual rumah kat korang nanti the truly dari pemaju or not. Duit bukan untuk dibuang begitu sahaja okey! Daaaaaaaaa..aaaa


No comments: