Dapat kunci sudah!

Setahun dah berlalu.

Hampir tak sedar sebenarnya dan tak terfikir apa pon tentang rumah dalam tempoh tersebut. Dan akhirnya surat penyerahan kunci diterima. Alhamdulillah. Mula lah episode baru aku. Dalam tempoh setahun lepas, tiada pemotongan gaji berlaku, sebab pemaju tu kata as long as tak terima kunci, selagi tu gaji tak potong. 1st memang tak percaya, tapi bila dah sampai saat terima kunci, baru aku percaya! Syabas, kerana masih tidak berjaya mengumpul wang untuk minor renovation. Haiyooo, wake up girl!!

Pemaju bagi tempoh 18hari dari tarikh surat dihantar untuk ambil kunci. - done!
ambil semua surat SnP, cek, surat lawyer. - done!
Bayar cukai tanah. - done!
Complaint tentang kecacatan rumah. - done!

Kawan aku kata masa complaint tu, tulis je semua kecacatan yang aku nampak, sebab aduan pertama ni kontraktor pemaju akan perbetulkan semua. Maka, secara detailnya kitorang check setiap genap pelusuk. Ini penting ye pompuan. Kang tetibe jadi apa-apa tak pasal-pasal korang kene upah kontraktor betulkan balik. Duit duit.. Sooo sayang~.. Walaupon ape ada hal, korang boleh je betulkan sendiri, eleh takat plaster balik dinding-dinding yang retak sikit tu, tampal silikon area tingkap, ape je kan. Tapi sebab free kan dan takyah keluar peluh, so terima jelah tawaran yang ada tu. lepas tu kalau ada yang tak kene lagi boleh je buat aduan lagi, bukan tak boleh pon. 18bulan kan?? Haa, lupa dah. Baca balik maklumat dari KPKT yang aku bagi link sebelum ni. Takpon dalam surat SnP kan ade, paham dengan tak je kan. Haha!

Maka dengan rasminya aku dah miliki sebuah rumah idaman. Alhamdulillah. :)
So insyaAllah, entry seterusnya akan update berkenaan make-up make-up la pulak. Woohooo!! Kalau ada yang baik aku kongsi, tak baik pon kongsi juga, tapi tak payah la dok gatal ngikut yang buruk tu. korang ni pown! Ngada jek!


No comments: