renovate dapur (part II-quotation)

nota kepala # sambungan untuk entry ini.

kenapa tukar tajuk? haaaaaa... sebab rasa macam tak kene plak perkataan rumah tu ditempek kat situ sedangkan progress hanya bahagian belakang sahaja. hokloh!

aku dah dapat 2 quotation. baru dua?? damn! lebih kurang 5-8 company aku email, hanya 1 yang berjaya bagi! bongok! yang lain semua mintak number henpon untuk dihubungi. baik kau tulis siap-siap kat website jadah korang tu hanya pelanggan yang akan bagik nombor henpon SAHAJA yang akan dilayan! lutut aahh.. its not a big deal pown kan. cuma ntahlah, aku just nak tanya range harga korang bagi je pon, bukan mati-mati nak korang sahaja the only one yang akan buat kerja tarah-tarah dapur aku. aku pon nak gak bandingkan harga semua! kata free quotation!!!pffftttt!!! tanya pon tak boleh. what a poor service.

berhenti mengomel. sambung balik.

ehem. harga memang jauh beza sebab aku bagi lain keluasan (mangkok ahh!! sebab 1 aku bagi berdasarkan anggaran kaki table top aku. 1 lagi aku bagi berdasarkan master plan umah aku) pffftttt!! bijak bukan? yeee.. bangang namanya tu!

ni harga berdasarkan panjang table top aku.
ni berdasarkan panjang floor plan. =__+"

kalau nak diikutkan panjang dapur table top tu 11" sebab tak penuh pon sederet sebab nak sumbat peti ais gabak dengan mesin basuh hujung tuh! ngaaaaaa...aaaaa.. tapi aku bajet 5k la tu.. supaya ada duit lebih.. takde la tercekik aku tetiba harga sebenar lebih mahal dari itu.. kaaannn!!?? ye ke tak?? haisshhh..

ohh.. by the way.. dapur impian aku simple je. toksah la memahal sangat dan bergaya sakan. bukan TIDO situ pon kan. cukup serba serbi dah memadai dah nyah ooiii.. so, jumpa entry seterusnya!
chio!

*dapat dari google*

simple je nyah.. abaikan kabinet panjang meninggi tu.

wangi-wangi rumah

kali ni saja nak lari sikit dari bercerita tentang progres rumah. next time aku citer oke! olelele...

Oh, wanginya kamu!

bulan lepas rajin la kaki ni nak berjalan HARI-HARI kat alamanda. kejadah? aku pon tak tawu. buang masa mungkin. makan itu pasti. uhuks uhuks! dah berjalan tu memang mata menggedik tak tentu pasal lah nak masuk kedai itu ini. kata datang hari-hari kan. so tawu la apa sale. apa best. apa gampang.

sapa tak suka bauan gedik bila lalu depan kedai lovely lace? gtaw aku cket. walaupon takkan membeli, tapi kalau menggelatat hati tu tetap ada secebis kata, sedap bau-walaupon pekat-nak mati-soft dia tu. damn! itu aku lah. nak jadikan cerita bangang, sebab minggu lepas dok pusing sana sini, kedai dok tampal perkataan S.A.L.E merata-rata, termasuk la jugak si lovely lace tu. beli dua tabung-kecik-perfume dengan harga rm19.90.. kalau satu jadi harga rm14.90..  beli beli beli! tu nafsu aku la tu mencacak tarian joget.

tapi aku berjaya! aku TAK beli. huh! padan!

so sabtunya aku jalan ke midvalley dengan rakusnya berbelanja di Jusco. sale la apa lagi.. T_T  kaching! oh, balance banyak lagi. keluar je pintu nampak plak kedai lovely lace. woi! apsal kat sini plak? jerit batin aku. konon la tu, sedangkan bila nampak je, ehh ehhh ada kat sini laa.. lantas ku orak langkah ke kedai beruang tersebut! pfffttt!!! aku pon dengan selamba bedal je la. beli perfume tu. try la konon. satu aku campak dalam kereta, satu lagi aku letak kat umah. watdehekheknen! kereta aku! dah macam bau gadis-gedik-tengah-dilamun-cinta! pffffttttt.. ok sedap! hari-hari drive rasa macam sumpah kau wangi nok! sampai nampak eksperesi muka laki aku pon macam suka perubahan aku. mana tak suka, kereta dulu macam kereta towing dah jadi macam kereta pengantin. pffftt!

aku amek bau perisa teddy's dream. sedap! asyik dari dulu layan lavander je, so kasi tukar angin sikit.


bagus! ngam-ngam dalam lobang ni. takde la bila aku drift dia tergolek-golek! hahaha!


tapi bodoh. campak sebelum baca.
kan dah cair natang nih. dol lah!
p/s: baca arahan nombor 1. always read before uols use something!

tsskk... tsskk..


eh, kenapa aku rasa ni macam tak kene je dengan blog umah aku nii? dah masuk ke kereta plak?
alaaaaaaa... korang ni! kira korang leh budget la. kalau kereta dah wangi. umah apatah lagi kannnn.. home sweet home! sila wangi-wangi jika nak bertandang umah aku okey! oh laling. rasa nak beli lagi letak kat opis plak. miumiumiu!