harga extension kitchen dan pintu rumah

aritu dapat satu majalah yang berhubung kait dengan rumah ni. selalunya aku campak dalam tong sampah je. yelah! mawu nye tak humban, buat semak peti surat aku je kan!

tetiba aritu tergerak hati nak baca kejadah apa majalah ni. eh eh! wow! hahahahhaaa macam-macam ada habak hang! pahtu ter-rajin la plak nak snap n kongsi dalam ni! mana la tawu korang-korang nak servey harga ke.

ini bukan nak promote mana-mana kampeni ek. tapi nak gtaw anggaran harga je. miumiumiu
lagipon aku pon nak servey pintu. tapi cuba la call dorang. mana la tawu tetiba dapat diskaun pembuka hari ke kaannnn.. ahahahahaha..

eh apsal tak gelak? tak paham ke? dodol la korang ni! haiiissshhh... macamni.. kalau sapa yang rajin g jalan TAR pepagi masa peniaga baru bukak pintu kedai, KOoooooMPOoooM dapat harga murah gilak! tu namanya "diskaun pembuka hari".. apa je tak paham ni.. nasib masuk blog ni, kalau tak, wat malu je kalau sembang luar tak paham. ahahahhahaaa



agak beruban gak la kalau camni. 
ngaaaaaaaaaa /(*o*)\

pokok getik

apa itu pokok getik?

hohoho! pokok getik adalah sejenis pokok yang dipilih dan ditanam oleh golongan gedik, macam aku. wahahahaha!!

sebenarnya itu ari aku jenjalan kat area aeon btho. kat luar tu kan ada nursery pokok pokok. so tergetik-getik la nyah memilih pokok untuk tanam kat umah baru. nak habak maaiii.. umah nyah ni intermidiate je toonn, bukan conerlot pon. ruang tanah tu takat 2x3 kaki je haa.. depan tong sampah tu.. ahahahaaha nampakkan tahap beria kak ton? so sebab tu la aku pilih pokok getik je.

korang nak tawu gerangan spesis apa tergetik-getik ni? haaaaaaa..aaa pokok rhu ngan rumput bunga.. buahahahahahaha baget ala ala nak wat macam rumah area switzerland la konon. padehel, kawasan nandos hot peri-peri kot. pffttttttt

pokok dah cucuk kat tanah. tunggu dia membesar dan gemuk je la. harap harap hidup dengan subur la hendaknya. miumiumiu maw nye tidak, seminggu sekali siram.. buahahahahahaa harapkan cuaca hujan je la kak ton..  nak pergi hari hari memang tak lah kak jah oooiiii...

nant kalau dah gemuk-gemuk aku tepek kat sini ye.. tapi to be fair, kot melidi jugak, aku tepek la jugak nanti okeh! puas hati ko jah? ahahaha

ok lah. nak imajin beli bunga kaler merah plak. wow weeee!!

oh terlupa nak inform. hurm.. takpe la.. nanti la aku gtaw. hahahahahaa uhuk uhuk!!

renovate dapur (part III-sepatutnya perlu ada di dapur)

ingat lagi bile aku katakan yang idea aku ditolak kawkaw baek punya dari iD?

yup! let me told chu. 1st of all let me introduce my porn kitchen. miumiumiu. agak seksi bukan? oh yes. normal lah tu. tak sapu tak mop tak bersih-bersih lagi. masuk umah-snap gambar-balik-fikir idea apa nak buat. haha!

tenung lama-lama. 
then, lakar dapur idaman yang starting 50k dulu ye tuan puan. ahahaha! yes, i mean it! RM50,000.00 
ianya termasuklah benda meraban seperti di bawah ini:

#1
*gambar malas nak rotate*

aku admire gilak kat paip versi cenggini.. auww..!! paip ni aku tengok kat homedec tahun lepas baru rm300 cenggitu. tapi lupa cap apa la pulak. tapi tahun ni g kedai area cheras, cap sorento - rm1200, ngahahaha! ok menabung semula! reason nak pasang sebab cuntek dan gedik nak basuh bontot kuali dengan mudah. hanya perempuan gedik sahaja yang tahu perasaan ini. ngahahahaha! angguk tanda setuju kalian-kalian! goooood.. ahahahhaa budus!

#2
*sinki dua lobang bersama dengan tempat pengering*

sinki dua lobang senang nak menyabun dan bilas dan menyumbat kuali gajah dalam tu. tempat pengering tu senang agar air takde la melimpah sampai kene cabinet dan lantai. kaup-kaup je nanti. mudah kerja!dekat ikea - rm620. dekat tempat lain . . . korang g la servey sendiri. miumiumiu.

#3
credit picture : www.granite.com.my/

table top hitam. granite. camni! sebab apa aku nak granite? sebab suke! nampak macam ada stardust bergelimpangan atas dapur. kan macam tergedik-gedik. waahhh gitu kau nyah! berbanding dengan solid surface atau marble. itu jatuh pada pilihan kedua dan ketiga aku. kih kih kih!

#4
credit picture : www.artakkitchen.com

pintu kabinet.. apalah ada pada dapur kalau tanpa kabinet kann.. so, aku lebih prefer pada kaler tanah cenggitu. cantik tak kak ton? haha! 3G on the list gurl. kemudian jatuh pada acrylic. ngaaaaaapp!! nak tanya aku perbezaan antara dua tu, mudah sahaja. korang taip kat search engine google. passti belambak jawapan. ngapa aku tak list down? sebab m.a.l.a.s. ahahahaha! oooo00oo nak makan bersuap je kan.. tampo kang! (tapi tetiba macam nak kaler putih semua plak) haissshhh mana satu lawa ni dek non??

#5

suweeettt sangat... why why why? aku suka sebab nanti senang kalau penat berdiri kupas bawang, sayur and ayam, aku leh menyiang sambil duduk. kaaannn.. umur kan makin lanjut ni.. miumiumiu... pahtu imajin plak pepagi sabtu ahad, goreng roti telur tetiba husband lepak tengok kita masak yang agak lembab itu.. haaa kan romantik.. ada jam bernyawa lagi suruh kita masak cepat sikit. hahaha! ape aku meraban ni?!


renovate dapur (part II-quotation)

nota kepala # sambungan untuk entry ini.

kenapa tukar tajuk? haaaaaa... sebab rasa macam tak kene plak perkataan rumah tu ditempek kat situ sedangkan progress hanya bahagian belakang sahaja. hokloh!

aku dah dapat 2 quotation. baru dua?? damn! lebih kurang 5-8 company aku email, hanya 1 yang berjaya bagi! bongok! yang lain semua mintak number henpon untuk dihubungi. baik kau tulis siap-siap kat website jadah korang tu hanya pelanggan yang akan bagik nombor henpon SAHAJA yang akan dilayan! lutut aahh.. its not a big deal pown kan. cuma ntahlah, aku just nak tanya range harga korang bagi je pon, bukan mati-mati nak korang sahaja the only one yang akan buat kerja tarah-tarah dapur aku. aku pon nak gak bandingkan harga semua! kata free quotation!!!pffftttt!!! tanya pon tak boleh. what a poor service.

berhenti mengomel. sambung balik.

ehem. harga memang jauh beza sebab aku bagi lain keluasan (mangkok ahh!! sebab 1 aku bagi berdasarkan anggaran kaki table top aku. 1 lagi aku bagi berdasarkan master plan umah aku) pffftttt!! bijak bukan? yeee.. bangang namanya tu!

ni harga berdasarkan panjang table top aku.
ni berdasarkan panjang floor plan. =__+"

kalau nak diikutkan panjang dapur table top tu 11" sebab tak penuh pon sederet sebab nak sumbat peti ais gabak dengan mesin basuh hujung tuh! ngaaaaaa...aaaaa.. tapi aku bajet 5k la tu.. supaya ada duit lebih.. takde la tercekik aku tetiba harga sebenar lebih mahal dari itu.. kaaannn!!?? ye ke tak?? haisshhh..

ohh.. by the way.. dapur impian aku simple je. toksah la memahal sangat dan bergaya sakan. bukan TIDO situ pon kan. cukup serba serbi dah memadai dah nyah ooiii.. so, jumpa entry seterusnya!
chio!

*dapat dari google*

simple je nyah.. abaikan kabinet panjang meninggi tu.

wangi-wangi rumah

kali ni saja nak lari sikit dari bercerita tentang progres rumah. next time aku citer oke! olelele...

Oh, wanginya kamu!

bulan lepas rajin la kaki ni nak berjalan HARI-HARI kat alamanda. kejadah? aku pon tak tawu. buang masa mungkin. makan itu pasti. uhuks uhuks! dah berjalan tu memang mata menggedik tak tentu pasal lah nak masuk kedai itu ini. kata datang hari-hari kan. so tawu la apa sale. apa best. apa gampang.

sapa tak suka bauan gedik bila lalu depan kedai lovely lace? gtaw aku cket. walaupon takkan membeli, tapi kalau menggelatat hati tu tetap ada secebis kata, sedap bau-walaupon pekat-nak mati-soft dia tu. damn! itu aku lah. nak jadikan cerita bangang, sebab minggu lepas dok pusing sana sini, kedai dok tampal perkataan S.A.L.E merata-rata, termasuk la jugak si lovely lace tu. beli dua tabung-kecik-perfume dengan harga rm19.90.. kalau satu jadi harga rm14.90..  beli beli beli! tu nafsu aku la tu mencacak tarian joget.

tapi aku berjaya! aku TAK beli. huh! padan!

so sabtunya aku jalan ke midvalley dengan rakusnya berbelanja di Jusco. sale la apa lagi.. T_T  kaching! oh, balance banyak lagi. keluar je pintu nampak plak kedai lovely lace. woi! apsal kat sini plak? jerit batin aku. konon la tu, sedangkan bila nampak je, ehh ehhh ada kat sini laa.. lantas ku orak langkah ke kedai beruang tersebut! pfffttt!!! aku pon dengan selamba bedal je la. beli perfume tu. try la konon. satu aku campak dalam kereta, satu lagi aku letak kat umah. watdehekheknen! kereta aku! dah macam bau gadis-gedik-tengah-dilamun-cinta! pffffttttt.. ok sedap! hari-hari drive rasa macam sumpah kau wangi nok! sampai nampak eksperesi muka laki aku pon macam suka perubahan aku. mana tak suka, kereta dulu macam kereta towing dah jadi macam kereta pengantin. pffftt!

aku amek bau perisa teddy's dream. sedap! asyik dari dulu layan lavander je, so kasi tukar angin sikit.


bagus! ngam-ngam dalam lobang ni. takde la bila aku drift dia tergolek-golek! hahaha!


tapi bodoh. campak sebelum baca.
kan dah cair natang nih. dol lah!
p/s: baca arahan nombor 1. always read before uols use something!

tsskk... tsskk..


eh, kenapa aku rasa ni macam tak kene je dengan blog umah aku nii? dah masuk ke kereta plak?
alaaaaaaa... korang ni! kira korang leh budget la. kalau kereta dah wangi. umah apatah lagi kannnn.. home sweet home! sila wangi-wangi jika nak bertandang umah aku okey! oh laling. rasa nak beli lagi letak kat opis plak. miumiumiu!


homedec exhibition (scream)!!

miumiumiumiu

im so so so so excited..!!!! sila jerit beramai ramai!!! homedec expo minggu depan wohiooooo!!!

ehem, maka dengan itu mari la kita mencari idea dan harga-harga yang menawan di expo tersebut.. miumiumiu expo tu akan berlangsung di KLCC pada 1-4mei 2013.. so jumpa korang di sana.. owh btw, aku bukan kerja kat booth pon.. aku cuma pelanggan yang suka shopping!! wowwweeee!!!

nak keterangan lebih lanjut, sila rajin pergi ke website homedec oke!!
wachaaa!!! jom perabih duit!!

Renovate rumah

Holalalala..
Seperti entry sebelum sebelum ni, aku dah gtaw yang umah aku telah ditarah dengan rakus oleh kontraktor. Semua kerja penelitian aku letak atas bahu pengkritik iD(interior design) yang aku hired sebelum ni. Olelele

Macam sebelum ni aku hint-hint. Jahanam semua idea aku ditolak tepi oleh iD. Semuanya. Omai, poor me😞.  Aku nak lampu downlight kat dapur, NO! Kata iD. Aku nak walltiles kat dapur macam bawah ni, NO! BURUK! Katanya lagi. 😱Jadah mana buruk aku pon tak tawu. Kesian aku tengok diri aku sendiri. Haish. Tapi aku pujuk hati, maybe susah nak jaga kot. Waaaaaaaa!!! Naakkk jugakk!! Siap laa, aku cari and tampal sendiri nanti, huh!! Aku dah tengok dah DIY kat youtube, siaplah!! 😏Heh






*sumber gambar melambak dari google*

Maka, berbalik kepada pepecahan dinding blakang. First aku ngan laki takmaw extend blakang ni. Just nak pasang table top kitchen cabinet je pon aku habak hang. Disebabkan pagar blakang tu dah rabak dikerjakan oleh kontraktor JIRAN sebelah tanpa memasangnya balik, pffffttttt. Maka aku budget lagi nak pasang dinding dua jengkal n kayu. Leh aku tanam pokok limau purut, serai, daun pandan, cili padi dan bunga-bungaan. Wahh gitu. Nak masak senang, hanya petik dari ladang nyah! Ni kat kedai pon secubit daun limau purut pown 50sen nokk!! Gahhh.. Namun, tskk taskk. Ruangan kebun terpaksa DELETE! 😡

ID kata, harga lebih kurang je extend dengan nak tambah tembok bagai. Ngaaaaaaaa!! 😭Angguk je la tanda setuju.




Kebunku.. Tskkk tsskk 😢
Nanti kalau nak tawu harga renovate (kalau taknak aku takyah gtaw) kene tunggu habis siap dulu. Yelah, pasti ada tolak tambah punya ni. Okaylah. Dadidudedo.

KEBUN!!!! Waaaaaaaa!!!

update: harga rawak extension boleh usha sini.

Tinted dan grill part III

Hai, aku tengok statistik kat blog ni, ramai yang search mengenai tinted dan grill dan berkenaan harganya. so, harga aku dah gtaw kat entry sebelum ni. tu harga yang aku kene la. tapi you ols pasti dapat harga yang lagi marvelous. please, cari yang betul betul berkualiti dalam semua aspek, ohkey guys!

so kat sini aku nak nasihatkan sikitlah.
Sebelum korang beli atau tempah grill dekat kontraktor, its much better if . . .

1: korang g tengok grill yang telah diorang pasang dekat rumah orang lain.
Tengok lah samada elok ke tak kerja-kerja pemasangan tu. berlubang sana sini tak dinding kat tepi tingkap tu. Biasa la, macam aku cakap dulu, ini BUKAN rumah diorang pon, ni rumah korang. So pepaham lah kan.

2: servey harga tu tengok lebih dari tiga orang kontraktor dan hasil kerja mereka.
Yup, ini silap kitorang. Sebab main sapu je without buat servey. Padan muka. Lepas dah tempah, dan check dekat tenet, walauwei, umah dorang dua tingkat lagi banyak tingkap dan pintu dan lokasi area yang maju dapat harga lebih MURAH!! Damn shit! Seriusly ni makan dalam. Tu pasal bila kontraktor buat main lagi aku berangin.

3: sila buat aksi ganas
Haha. Bukan suruh korang pukul orang pon. Ni nak suruh korang g panjat grill yang telah diorang pasang kat rumah orang lain tu, kire rumah contoh lah. Nak tengok samada kuat ke tak grill n pemasangan dorang tu. walaupon order besi mahal pon, kalau pasang takat longgar-longgar. Kucing gesel pon boleh runtuh, ni apetah lagi aku rembat grill tu. korang ada hak cuba, kalau kene marah baik tak payah amik kontraktor tu. nampak sangat dia takot hasil kerja dia di audit.

. . .

Itu je kot yang aku pikir perlu.
Aku tengok sorang blogger umah dua tingkat n banyak tingkap n sliding dapat harga tinted n grill rm2600 camtu. Dah la kawasan umah tetengah bandar. So, base dengan harga tu, korang leh dapat . . Lebih murah dari aku. Wiuwiuwiuwiu

Sekian

Burung hantu - owl owl





Lebih separuh bulan menjadi bangkai bernyawa. Akhirnya aku kumbah barang perhiasan yang sepatutnya nak di deco di rumah baru. So this is it. 

Satu ni je pon aku snap sebab seronok bebenor aku main lilin. Hiuhiuhiu port ni aku jadikan tempat contengan di kala mati kutu. 

So, koramg pasti ada port yang best kat sudut umah kan. Pasti lagi ngancam. Maka dengan itu, nak tiru boleh? Ahaha kedekut lah korang!

Burung hantu tu aku beli kat typo - pavi. Harga dalam 40++ kalau tak silap. Bunga tergolek tu 3hengget je kat ikea. Lilin tu kat mana mana ada jual. Kalau malas nak cari, korang boleh je pakai yang putih pepanjang tu, kasi potong pependek - siap! 

Sekian.

Cukai tanah vs cukai taksiran

Random soalan biasa yang bermain dalam kepala otak.

1. Apa Itu Cukai Tanah?

- Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.


2. Apakah Perbezaan 'Cukai Taksiran Dan 'Cukai Tanah'? 

- Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru. 
- Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

P/s: aku lupa info kat atas aku amek kat website mana. Yang pasti ini info bukan datang dari pengetahuan aku. Hanya berkongsi dan agar aku tak lupa. Kepada empunya artikel, boleh declaire kredit. Maaf dari aku terlebih dahulu. Thank you.
. . . .

Selalunya aku kene pergi bayar cukai-cukai ni kat pejabat pos di negeri terbabit. Giler pemalas aku nak berulang alik semata mata.  Grrrrrrrr... Selalunya jugak aku akan peram sampai bulan terakhir baru menggelupur start enjin kete - pegi bayar. Haha, thats me!

Bayar menerusi online bankin boleh kah?
Depends jugak kalau blakang bil cukai tu ada tulis. Setahu aku kalau nak bayar cukai tanah g masuk kat website diorang, its mean pejabat tanah dan galian tu la.. Untuk cukai taksiran plak boleh je bayar guna maybank2u.. Toksah start enjin bagai. Tapi aritu aku beratur je kat pejabat pos sebab terlebih peram kan.. Ahahaha

Takde apa yang perlu di diskusi pasal cukai ni. Dapat bil, gi bayar je lah. Kalau tak nak bayar, toksah dok getik dari awal beli rumah. g ngadap la menyewa sampai tua kat umah orang ni. Hahaha! 

Tanggungjawab kita untuk membayar cukai!
Sekian.

upah pengkritik interior designer

buntu dan tandus dalam mencari keinginan yang dihajati. baru aku sedar. bakat aku tak bersinar dalam konteks ini. har har har. nafsu tinggi bhai. tapi imiginasi dalam tempoh sedetik tak menghasilkan apa-apa. shit!

maka, mahu tidak mahu terpaksa la aku hired pengkritik agar cepat progress umah aku ni. yup! kata-kata sengit berdas-das pacu ke gegendang. tahniah!

tak kesah la. as long as ada jugak yang prihatin.

- ni macamana bentuk rumah kau ni?
- ni pesal ada kona kona ni?
- huh. atas ni apa ni?

and so on.

But, in the end.. Arini umah aku akan dirobek dan ditarah rakus oleh kontraktor. Olelele..

Bismillah.. InsyaAllah, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.

Walaupon . . . Ahahhaha nanti lah citer..

Daaaaaaaaa...


tub mandi atau bath tub

aku masih tertanya tanya samada  perlu atau tidak aku sumbat sebijik bath tub kat dalam umah ni. ntah. masih confius. kalau belek belek kat pakcik google ni belambak dowh yang seksi meksi tub nye. hoish. tapi aku akur bilik air aku kicik ja. tapi cube korang tengok ni.




okeh pengsan!

naaahhh.. angkara gambar atas ni lah aku bersemangat nak renovate bilik air. keciknye? yes! bilik air aku kecik je. bukan sebesar dapur pon mahupon bilik tetamu. kocik yo. hohoho. pening balik. tapi nafsu cam umah sekecik angelina jolie. ehhh??.. hahaha.. ni belum lagi aku tepek yang macam spa punye decor. korang search je lah kat google. belambak lambak yang lagi cun. cari punye cari aku terminat pulak yang style ade bebatu plak. rasa sejuk je tengok. haishh. mesti berjam jam berendam kalau camni. bayangkan dah selesai semua tugas, dapat plak berendam dalam wangi wangi sambil pasang bunyi seksapon si kennyG tu. aahahhaa.. pasti tido terus dalam bathtub tu.

aaaa..aaaa!! nak ni nak ni!!

tahan nafsu tahan nafsu. grrRrrr!! aku survey paling bodoh renovate pon 5k.belum yang giler bangang lagi. camne ni.. buntu owhhh!! tapi patut atau tidak aku buat nih?? haishhh..

ape faktor yang membuatkan aku nak sangat renovate bilik air ni? maybe :
# rumah sendiri kot. warghh! haruslah cantik melentik kan nyah. baru la syiok dok umah. tak perlu geletis meletis g spa scrub nyentel nyentel badan selalu. kat rumah PON boleh! ahahaha.
# nak sumbat tub tu sebab nak berendam lama-lama time boring-boring takde mende nak buat. kaaannn.. pahtu dengan lampu malap-malap. okeh, very the getik!
# sebab nak selesa n cantik kot.

aaa..aaa tak tawu sebab utama. -__-" bilik air skarang dah cantik dah. cuma melentik je belum. ahahaha. tak tawu la. tapi tak salah kalau nak hias cecantik melentik kan nyah? pompuan-pompuan haruslah jaga semua walau hakikatnya pemaleh yang amat. okeh okeh. dari plaster siling ke dapur dandan nak buat bilik air dulu. damn! apo kono eh ko ni nyah! korang tunggu jo lah samado jadi ko idak bilik air spa aku ni.

p/s : sebab tu orang selalu sosobot pompuan ni ado 9 nafsu. aku baru tahu yang 9:1 tu bukan hadith sohih. pepandai je orang dedulu ni menokok tambahkan? pahtu turun temurun digunakan. pfftttt.. -__-"

nasib baik aku tak kaitkan dengan hadith, kalau tak PERCUMA dosa berkepuk kepuk. pahni perlu berhati-hati dalam ucapan harian kita k.
sekian.

no update


naaahhhhh... 2013 you ols.. dang!! umah lom ready untuk diduduki.. ayoyoyoyo.. banyak lagi benda nak buat.. wuhuuuuu..!! the funny and the very bongok is aku bantai guna duit yang shouldbe diperuntukkan untuk bajet rumah tapi gua beli menatang lain hoi.. ok padan muka! skang kene menabung balik. gosh!! banyak tu.. T_T

aritu g beli candle stand. kot2 la elektrik terputus kan. prepare la awal2. comel giler oke. burung hantu gitu. ahaha tak sabar nak bakar lilin. yeay yeay!! passsstttiii meletop nyah!! burung tu je la meletop. ahahaha tapi candle nye tak g cari lagi.. takpe, take time! dah beli nanti aku buat demo okeh! tak sabar tak sabar!! bukan itu saja, pahtu tempat letak surat pon dok gedik beli jugak. rabak! tunjuk kat dia dandan dapat "awak nak simpan semua surat tu sampai bile?" ok fine. dah beli baru cakap. padan muka lagi. nak baling kat dinding harga benda bodoh tu boleh makan nandos sekor kot! ok, simpan jelah. esok esok aku buat book stand je lah. puas hati.

owh i miss my tiny miny houz badly. =_="
ehhh..dah ada grill.. taaadaaaa..