Housingloan / Pinjaman Perumahan

Pinjam jangan tak pinjam! Ahahahaha

Macam-macam hal lah. Kalau MALAS tu besar maknanya semuanya nak amek mudah. Haishh.. Its not good, not gooooddd at all! (sila geleng kepala). 

Nak beli rumah ni bukan singgit duengget! Ratus-ratus riban! Silap langkah, isytihar muflis la gamaknya. Skang aku nak citer bab pinjaman perumahan plak. Yes! Alhamdulillah aku dipertemukan dengan penjual rumah yang sangat baikhati. Dengan zero-knowledge aku ni, dia berjaya menolong aku menguruskan semua, yeay! Ekeleh, dah package or service dia cenggitu, memang la. Nope nope, tolong jangan berpandangan negative je memanjang. Dan perlu di ingat semula, perempuan ini beli sayur kat pasar, yee tak tahu apa-apa ilmu tentang pembelian hartanah! Ting! Tepat skali!

Jadi, semuanya dia uruskan, aku cuma isi borang and tanya, sudah siap kah? Ada apa-apa lagi?
Waahhh gitu.. Sangat de bebal gurl, i know.. And the end of the day, 
"kakak sudah siap, nanti tahun depan rumah siap, boleh amek kunci"
"yeay!" kembang hidung tak kempis-kempis. 

So, masa time verangan dulu-dulu tu, pernah la jugak amek risalah dari bank-bank berkenaan housing loan ni. Seriusly aku tak paham BLR % semua haram jadah tu. ngaaaaa... Pernah aku walk-in tanya satu bank tiptop ni sebab bank tu bukak during weekend, tanya punya tanya punya terang, yang aku paham cuma gaji aku tak layak untuk harga rumah teres.. Whhaatttt??!! Okeh, korang leh imajin kan betapa keciknya gaji aku untuk buat pinjaman bank ni.  Dia kata harga rumah flat lepas lah.. Ok, aku akur! Tetiba dia tanya aku, setuju mahu pinjam? Eeehhhh, saya mahu tanya je bukan nak pinjam skarang pon. Cehh, exec.officer tu kalau aku luku kepala tawu la.. Putus asa time tu. tetiba nak nasihat kat korang, masa belajar sila belajar pandai-pandai, senang dapat kerja bagus-bagus, perangai pon cerdik dan mampu beli rumah daaaannn tak diperli oleh eO bank tu! Huh.

Maka selepas itu, servey pinjaman perumahan plak, and ramai juga yang suggest kalau buat loan rumah better buat dengan pinjaman perumahan. Dan Yong pon suggest gitu, dan yang penting dia tak cakap aku hanya mampu beli flat! Hahaha.. So dah print-out borang kat laman web  Bahagian Pinjaman Perumahan, isi, dan hand-out pada dia, dia uruskan semuanya. Seriusly, tawu-tawu je surat sampai tentang pembayaran progres perumahan. Alhamdulillah. Takperlu bayar lawyer, takperlu 10% pendahuluan. Semua tak payah. Saya suka saya suka!

Semuanya dipermudahkan kalau nawaitu kita betul. InsyaAllah.

Dan member tanya seperti biasa.
"rumah kau macamana progress? Dah naik apa dah?"
"erkk.. Ntah.."
"kau tak g tengok ke progress dia? Dah pacak tiang ke, naik batu ke, tanah lagi ke?"
"ehh, kene g tengok ke semua tu??"
"KENA LAAAA... Kang muka kau jugak keluar tv pegang sepanduk MANA RUMAH KAMI!!"
Adooiii laaaaa...

Ekk?? Ohh memang kene tengok ke pompuan? Ohh yeessss!! Kene!! Walaupon hakikatnya sekali je pon aku tengok. Sebabnya, hurm-hurm.. AHAHAHA aku lupa jalan nak ke lokasi tersebut. Giler?? Memang giler.. Dan kerna itu tak tawu nak pk or buat or whatever 'bout everything. Lucky me aku punya officemate yang baik hati gtaw ape yang perlu aku buat, walau hakikatnya aku tak buat. Ahahaha huk uhuk uhuk..

Okey, apa pengajaran korang dapat dari pengalaman ni? Ambil yang baik-baik SAHAJA okey..
(*_^)

No comments: