Nasihat ooii : amek kunci rumah


Oh ye, ni mokcik nak habaq mai la no.. Korang-korang yang budiman ni esok-esok kot dah dapek  surat suruh amek kunci umah tu, sila-sila laa jadi yang terpantas dan terawal amek.

Ngape? Supaya korang leh copek-copek buek aduan kecacatan premis korang tu kat pemaju. Kejadahnya nak laju-laju semuanya? Haaaa... Nak gtaw la ni.. Supaya rumah korang tu leh jadi yaannnggg TERrrrrRrrrrAWAL untuk kontraktor pemaju tu belasah dulu.

Disebabkan aku terrlambat siput dan faktor-fakor tak tahu, maka aku berada di tahta nombor 52 dalam waiting list.. YESsssss!! Tahniah.. 

Maka dengan itu, kenot over-over makeup rumah. Makanya tinted dan grill sahaja yang gue jalain dulu. 

But its not a big deal lah kan. Sekurang-kurangnya aku ada sikit masa untuk menabung pembaziran yang akan datang. Kaaaannnn..?? Haaaa..aaa very the clever girl. I know laa..

So, take note ye korang. Tak perlu ikut sangat kebodohan kat sini.. Woott woott..

Okey lahh.. Selamat malam..
Wink wink..


Tinted dan grill part II

Dua minggu lepas selepas kontraktor telephone cakap semua dah siap n leh wat payment. Seriusly aku dah malas nak pk selepas kejadian takde tangga tu.

Stop.

Dan rabu lepas selepas serabut bagai, kitorang g la tengok rumah tu untuk wat payment. Tarik nafas. Sampai rumah. Kenapa warna pagar kita macamtu? Bukan kita mintak warna ungu ke? Okeh, kecacatan besar-besaran dah berlaku. Check lagi, pasang tak kemas. Tebuk lubang tak reti nak tampal balik lubang salah tu. bukan satu dua, tapi.. Haish~

Masuk bilik n STILL TAK TINTED seperti yang telah diJANJIKAN DUA KALI SEBELUM NI. Patah hati. Sabar. Dugaan perempuan, dugaan.

Maaf ye, kalau tingkap tu tak besar aku tak berangin n bengang n patah hati tahap camni. Tapi ianya besar n banyaakk.. Very de vengang okeh!

So dia mintak payment n nak tak nak aku terpaksa bagi 2.5k SAHAJA. Thats it! (malas tulis dialog) balance lagi 4rat lepas dia tampal tinted dekat 3BILIK tu.

Diam!

Maaf la, wahai kontraktor-kontraktor sekalian, kalau nak kerja buat cara kerja. Please, kalau korang buat sambil lewa kerja, tak berkat duit yang customer bayar tu kalau customer tu tak redho n ikhlas nak bayar. YES! Memang orang akan kata standard la bayar murah, dapat la murah. But please think twice, masa awal-awal cakap yang murah sebab material, bukan TUGAS KERJA MURAH. So please, bukan semua customer sama. Im a good girl until u piss me off.

Aku tak marah. Tapi kecewa. Sekian.

Tips shopping barang


Aku nak kongsi dengan korang tips yang aku dapat daripada seorang blogger.

Disebabkan aku admire sangat-sangat dengan kabinet dapur 3g, dia sarankan supaya aku g servey dekat homedec. homedec tu ape? aku pon tak tawu. Hari ni baru aku berpeluang cari info (bukan di homedec) n foundly kabinet idaman aku tu leh sampai 11k!!?? GULP! Terus padam impian – tukar impian lain. Macam ape ntah harga tu walaupon itulah hakikatnya. Aku pon mintalah pendapat dari husband, moga-moga ada lah jalan keluar otak serabut ni, dia kata kalau tido-mandi skali kat kabinet dapur tu berbaloi la nak pasang dengan harga macam tu. Okey, that’s mean NOPE!

aku pon stop kan dulu cari kabinet dapur n  pikir benda lain. Plaster siling, yeah! Ada orang buat kat ruang tamu+dapur+tangga dapat rm2500. Hurm, not bad harga! So kalau pasni aku nak cari kontraktor pon kene dapat harga rendah dari tu sebab tolak side tangga lah. Tak mahu tertipu lagi. Pui!

Tips lagi, Kawan aku kata kalau nak jimat kos sikit, tiles mosaic sinki (etc.) cari sendiri, suruh kontraktor pasang. Sebab kalau kita minta dia suruh carikan ofkos la dia charge harga lebey kan. So better g cari sendiri, puas hati pon puas sebab memang jenis tu yang kita nak. haa.. nak senang g cari kat houzdepot, sana baaaanyaaakk barang yang syiok untuk membuang duit. haha! ntah,sebab kawan aku g cari barang sumer tu kat situ, katanya harga murah selepas dia buat servey. aku ofkos belum servey. kuikuikui.. pompuan ni bz okey! huihui.. so pas dah borong jadah semua tu, bagi la kat kontraktor tu suruh kasi buat chantek-cun-melecun. harga pasang tu aku takde pengalaman nak kongsi lagi, nanti bile dah berdiri utuh dapur aku baru aku share okey.

Owh, anyway. Minggu ni ada Homedec Exhibition dekat KLCC.

18-22 Okt Design+Renovate
25-28 Okt Furnish+Decorate

Harap-harap ada masa untuk menjenguk kat situ nanti. Amik idea n skodeng price market. Woot woot. Hopefully dapat laaa pergi. Gosh! Tak pernah pergi ni, tapi takleh excited sangat, sebab masa aku memang pack. Kalau tak g gamaknya skodeng price kat blog orang je laa.. adoi!


Kalau korang tengok dalam site homedec tu, diorang pon ada bagi tips-tips taw. Aku baru je berangan nak  pasang rain shower dalam master-bathroom nanti.

 Cuntek kan cuntek kan.. giler high taste aku. 

But sadly biler baca tips dalam homedec, hurm.. takpe, ade duit lebih aku buat jugak! Ahahah! Walaupon cussie aku kata sia-sia je mandi kene elektrik kang! Ouch! Hahaha

Pahtu tips untuk atur kabinet dapur, oven takleh lepak sebelah peti ais. Tapi selalu je aku tengok kontraktor buat elep je pasang cenggitu. Owh lupe, apa maw susah, bukan peti ais n oven dorang pon kan. Hah! So, banyakkan lagi membaca okey! Aku pon nak sambung baca gak. Tutu!

Tinted dan grill

Masa dah ambil kunci hari tu terus minta pasang tinted dan grill untuk tingkap dan sliding door. Kitorang pilih warna hijau+silver tinted sebab warna asal tingkap ni pon hijau cair sikit. Orang tukang pasang tu pon kata warna tu oke untuk rumah ni. So proceed.

Total tinted dan grill dia amek rm3000. (rm700 tinted + rm2300 grill). Dia kata tinted anytime leh pasang, tapi grill macam biasa la kene tempah dulu kan, 10hari tempah. Dan deposit takyah bayar pon, dah siap semua baru bayar. Sangat-sangatlah setuju sebab takde la takot sangat kontraktor lari ke hape kan. Tapi hsbd aku bagi rm100 as deposit. Katanya kesian. Aku ok je.

Dua minggu lepas tu kitorang datang balik dan tinted dah pon pasang, grill esok baru pasang katanya.
boleh la noo.. takpe, i like!!

Kitorang pon buat la semakan dari tingkap ke tingkap dan foundly eehhh apsal ada dua tingkap tak tinted. Aku pon musykil lah. Dan jumpa orang tu tanya kenapa tak pasang.

"nak tanya, napa tingkap bilik tu tak pasang ye?"
"haa, memang tak pasang kak, sebab tinggi, kitorang takde tangga."
???!!!!
"owhh kira harga kurang la ni?"- sampuk laki aku dalam keadaan gelak sempoi
"ehh, jangan la macamtu bang."
"saya tak kisah, tapi harga lagi kurang lah kan"
Aku masih tak leh terima jawapan tu.
"habis nanti grill pon tak pasang ke kat bilik tu?"
"owh, grill memang kitorang pasang, esok."
"haa, boleh je kan pasang tinted tu dulu sebelum pasang grill"
"haa, ok lah kak, saya pasang esok"

Okey, dan seriusly aku geram tahap tak terkata dan tak leh terima akal dengan 'takda tangga' punya jawapan. Hilang mood sampai tido. Memang menguji kesabaran sangat-sangat. Okey, takpe, nasib baik kitorang datang sebelum diorang pasang grill, kalau tak lagi berapi telinga aku. Hoh! Pompuan ni da marah!

Grrrrrrrrrr!! Tak sabar tunggu minggu ni datang balik.

Dapat kunci sudah!

Setahun dah berlalu.

Hampir tak sedar sebenarnya dan tak terfikir apa pon tentang rumah dalam tempoh tersebut. Dan akhirnya surat penyerahan kunci diterima. Alhamdulillah. Mula lah episode baru aku. Dalam tempoh setahun lepas, tiada pemotongan gaji berlaku, sebab pemaju tu kata as long as tak terima kunci, selagi tu gaji tak potong. 1st memang tak percaya, tapi bila dah sampai saat terima kunci, baru aku percaya! Syabas, kerana masih tidak berjaya mengumpul wang untuk minor renovation. Haiyooo, wake up girl!!

Pemaju bagi tempoh 18hari dari tarikh surat dihantar untuk ambil kunci. - done!
ambil semua surat SnP, cek, surat lawyer. - done!
Bayar cukai tanah. - done!
Complaint tentang kecacatan rumah. - done!

Kawan aku kata masa complaint tu, tulis je semua kecacatan yang aku nampak, sebab aduan pertama ni kontraktor pemaju akan perbetulkan semua. Maka, secara detailnya kitorang check setiap genap pelusuk. Ini penting ye pompuan. Kang tetibe jadi apa-apa tak pasal-pasal korang kene upah kontraktor betulkan balik. Duit duit.. Sooo sayang~.. Walaupon ape ada hal, korang boleh je betulkan sendiri, eleh takat plaster balik dinding-dinding yang retak sikit tu, tampal silikon area tingkap, ape je kan. Tapi sebab free kan dan takyah keluar peluh, so terima jelah tawaran yang ada tu. lepas tu kalau ada yang tak kene lagi boleh je buat aduan lagi, bukan tak boleh pon. 18bulan kan?? Haa, lupa dah. Baca balik maklumat dari KPKT yang aku bagi link sebelum ni. Takpon dalam surat SnP kan ade, paham dengan tak je kan. Haha!

Maka dengan rasminya aku dah miliki sebuah rumah idaman. Alhamdulillah. :)
So insyaAllah, entry seterusnya akan update berkenaan make-up make-up la pulak. Woohooo!! Kalau ada yang baik aku kongsi, tak baik pon kongsi juga, tapi tak payah la dok gatal ngikut yang buruk tu. korang ni pown! Ngada jek!


Housingloan / Pinjaman Perumahan

Pinjam jangan tak pinjam! Ahahahaha

Macam-macam hal lah. Kalau MALAS tu besar maknanya semuanya nak amek mudah. Haishh.. Its not good, not gooooddd at all! (sila geleng kepala). 

Nak beli rumah ni bukan singgit duengget! Ratus-ratus riban! Silap langkah, isytihar muflis la gamaknya. Skang aku nak citer bab pinjaman perumahan plak. Yes! Alhamdulillah aku dipertemukan dengan penjual rumah yang sangat baikhati. Dengan zero-knowledge aku ni, dia berjaya menolong aku menguruskan semua, yeay! Ekeleh, dah package or service dia cenggitu, memang la. Nope nope, tolong jangan berpandangan negative je memanjang. Dan perlu di ingat semula, perempuan ini beli sayur kat pasar, yee tak tahu apa-apa ilmu tentang pembelian hartanah! Ting! Tepat skali!

Jadi, semuanya dia uruskan, aku cuma isi borang and tanya, sudah siap kah? Ada apa-apa lagi?
Waahhh gitu.. Sangat de bebal gurl, i know.. And the end of the day, 
"kakak sudah siap, nanti tahun depan rumah siap, boleh amek kunci"
"yeay!" kembang hidung tak kempis-kempis. 

So, masa time verangan dulu-dulu tu, pernah la jugak amek risalah dari bank-bank berkenaan housing loan ni. Seriusly aku tak paham BLR % semua haram jadah tu. ngaaaaa... Pernah aku walk-in tanya satu bank tiptop ni sebab bank tu bukak during weekend, tanya punya tanya punya terang, yang aku paham cuma gaji aku tak layak untuk harga rumah teres.. Whhaatttt??!! Okeh, korang leh imajin kan betapa keciknya gaji aku untuk buat pinjaman bank ni.  Dia kata harga rumah flat lepas lah.. Ok, aku akur! Tetiba dia tanya aku, setuju mahu pinjam? Eeehhhh, saya mahu tanya je bukan nak pinjam skarang pon. Cehh, exec.officer tu kalau aku luku kepala tawu la.. Putus asa time tu. tetiba nak nasihat kat korang, masa belajar sila belajar pandai-pandai, senang dapat kerja bagus-bagus, perangai pon cerdik dan mampu beli rumah daaaannn tak diperli oleh eO bank tu! Huh.

Maka selepas itu, servey pinjaman perumahan plak, and ramai juga yang suggest kalau buat loan rumah better buat dengan pinjaman perumahan. Dan Yong pon suggest gitu, dan yang penting dia tak cakap aku hanya mampu beli flat! Hahaha.. So dah print-out borang kat laman web  Bahagian Pinjaman Perumahan, isi, dan hand-out pada dia, dia uruskan semuanya. Seriusly, tawu-tawu je surat sampai tentang pembayaran progres perumahan. Alhamdulillah. Takperlu bayar lawyer, takperlu 10% pendahuluan. Semua tak payah. Saya suka saya suka!

Semuanya dipermudahkan kalau nawaitu kita betul. InsyaAllah.

Dan member tanya seperti biasa.
"rumah kau macamana progress? Dah naik apa dah?"
"erkk.. Ntah.."
"kau tak g tengok ke progress dia? Dah pacak tiang ke, naik batu ke, tanah lagi ke?"
"ehh, kene g tengok ke semua tu??"
"KENA LAAAA... Kang muka kau jugak keluar tv pegang sepanduk MANA RUMAH KAMI!!"
Adooiii laaaaa...

Ekk?? Ohh memang kene tengok ke pompuan? Ohh yeessss!! Kene!! Walaupon hakikatnya sekali je pon aku tengok. Sebabnya, hurm-hurm.. AHAHAHA aku lupa jalan nak ke lokasi tersebut. Giler?? Memang giler.. Dan kerna itu tak tawu nak pk or buat or whatever 'bout everything. Lucky me aku punya officemate yang baik hati gtaw ape yang perlu aku buat, walau hakikatnya aku tak buat. Ahahaha huk uhuk uhuk..

Okey, apa pengajaran korang dapat dari pengalaman ni? Ambil yang baik-baik SAHAJA okey..
(*_^)

1st time beli rumah

Uh?!
Macamana nak mula ye?

Ini pengalaman aku ye, dan please please, baca sahaja dan jangan dicontohi nya pown. (baca versi johan)

Dah penat berangan pasal rumah, maka nak realisasikannya haruslah mewujudkan rangka angan tersebut yakni rumah-lah. Macamana kita tahu kita perlu membeli rumah pada saat itu pon aku tak berapa pasti jawapan yang tepat nak bagitahu. Mungkin time nak kawin, time konon nak hidup berdikari, time dah duit berlambak tak tahu nak joli apa lagi, time kene halau dengan tuan rumah sewa, dan pelbagai kemungkinan lagi. Sebab lain orang lain versi kemungkinannya.

Versi aku tak susah mana pon, ada akal gila dandan jadikan aje walaupon poket bape sen je ada, kereta nak beli pon teragak-agak baii..

Maka tahun lepas duk jenjalan mencari sesuap nasi nampak lah satu booth jual rumah ni..
"mari kakak mari, ini kawasan baru mahu naik. Ada pelbagai accomodation in progress."
"oh really?"
Dan lenchai yang hensem tu pon menerangkan lah seperti biasa penjual yang menjual barangannya pown dan yang pastinya aku tertarik dengan iklan rumah tersebut. Walaupon eh pompuan, atas kertas ofkos la cantik designnya! Tapi korang perlu ingat, kita tak tahu macamana datangnya perasaan gila beli rumah dan ini aku. Dah prasaan tu datang time tu, nak wat canne..

Dan korang masih ingat entry pertama yang aku suruh korang berangan about rumah tu, yes! Time tu aku rasa aku dah jumpa dah tempat untuk melepaskan berangan aku tu. Huihui!

Dan aku terus beli rumah tersebut!

"okey, saya mahu ini lot"
"u serius ha kakak?"
"laa betul laa, i nak ni"
"kakak, u tak maw tengok rumah dulu ka?"
"takpa la, i percaya u"
"haiyaaa.. U buat saya risau la kakak.." tersandar dia dekat kerusi.

Ahahaha dan itulah pengalaman pertama aku. Deyh, mana la aku tahu nak beli rumah kene lawat tapak semua tu. kene tengok material, kene tengok rumah contoh, kawasan rumah tu kat mana, apa ada kat sekitarnya, pasar apa, shoplot kat mana, nak g keje lalu ikut jalan mana senang, nak dating kat mana cuntek and many more to know. Aahh!! Like seriusly macamtu ke? Ahahaha siap ada member aku cakap "perghh, beli rumah macam beli sayur kat pasar, main tunjuk-tunjuk je cenggitu". Deym u! HARHARHAR!!

Ok, rindu saat giler tu!
And by the way, hai Yong! U mesti ingat i kan, sebab u cakap i la the only customer u yang beli rumah tak perlu tengok rumah. :p
Malu hokey! Tapi itu pengalaman n pengajaran kan.

So korang, nak beli rumah PLEASE jangan beli macam beli sayur kat pasar! Okey! Please sangat-sangat!!!

Dan sebagai tambahan kerna aku rajin, aku bagi link supaya korang betul-betul tahu apa yang korang PATUT TAHU sebelum membeli rumah. Again! Jangan buat kerja gila macam aku sebab kita tak tahu yang menjual rumah kat korang nanti the truly dari pemaju or not. Duit bukan untuk dibuang begitu sahaja okey! Daaaaaaaaa..aaaa


Verangan Tentang Rumah

Setiap orang ada versi mereka sendiri saat membeli rumah pertama mereka. Ya, semua orang ada mimpi akan bagaimana struktur kediaman mereka. Design macam bangunan persis istana kayangan, banglo, semi-D, teres, townhouse, kondo, apartment mahupon flat. Wahh.. Bersinar-sinar mata kalau suruh bayangkan. Kaki mimpilah korang nih!

So, aku ofkos lah tak terkecuali. Mahu rumah yang ada swimming pool, sebab boleh terjun hari-hari. Buat kecik macam lexus hotel tu pon dah cuNtek sangat dah. Aaahhh.. Lagi ada taman ala-ala bali kat laman tu, ada kolam ikan bagai, jeti kecik, gazebo, ada air terjun yang terus mengalir ke swimming pool macam philea hotel kat melaka tu..itu belum kat dalam rumah, master bedroom nak sebesar-besar ruang 20x40, katil plak jenis macam california king bed yang sebesar-besar padang tu,  tv, aircond sudah tentu, lampu kaler oren, waahh!! Getik! haaa pompuan.. Tu baru bilik, toilet plak nak yang ada jacuzi, sinki sinar-sinar lengkang lengkok pahtu letak dua konon nak gosok gigi dengan cik suami (budget habis romantik lah tu, gosok gigi je pon baii), jamban punye design plak nak warna emas, tak pon yang design creative-creative budget modern habis!! Ape barang putih-putih, sama macam jamban umah sebelah plak nanti.. Pffttt!! (berak je pon dol!) Masuk plak ruang tamu, sofa empuk-empuk, tv besar pawagam kasi campak letak dalam bilik, ooh lupe nak habaq maii, bilik nak ade 7, so senang satu bilik satu fungsi. Ah! Tak masuk lagi bab dapur, auuwww (mata kelip-kelip)..  Aaahhhh suruh verangan ofkos lah tak tercapai dek poket yang rabak ni. Ok berhenti berangan! Stop.

Tapi pernah tak bila dah fikir semua bagai fairytales jadah tu, korang fikir plak cara-cara mengemas rumah agar sentiasa bersih. Ngaaa..aa. MALAS! Amek orang gaji? Owh no, not me! Sorry, salah orang untuk cerita.

So, dengan itu aku preffer rumah setingkat je. Why? Ofkos aku dah letih turun naik tangga. Lutut dah gegar cik noon hoiii... Tak larat dah nak mengemop bagai turun naik tangga. Kot minum anlene pon kalau sikap MALAS tu lagi besar what to do lah kan. Harharhar. So, liquid balik angan-mimpi tak sudah tu dan kembali pada realiti. Puas!

Tak perlu pening kepala bagai, yang penting menabung dulu cik noon! Sebab once dah beli jek rumah secara otomatiknya kepala dah serabut nak cari design kejadah semua tu. dan semua tu perlukan duit, bukan air liur bagai. Menabung, simpan ciput pon jadila untuk korang beli kepala paip. Why kepala paip perempuan? Dah korang nak simpan ciput, makanya itu jelah yang mampu korang beli. Nak lebih-lebih simpan la banyak-banyak. Korang pompuan dapat apa yan aku cuba sampaikan ni? Baguss, paham pon.. Yang tak berapa nak laju paham tu, takpe, korang simpan jelah duit, and when the time is come, korang baru paham kenapa aku nasihatkan untuk menabung BANYAK-BANYAK.

Itu je buat entry pertama. Adios! Dan mula verangan semula. Bye!